Thursday 15 December 2011

ABUYA !! WATCH ONLINE FULL MOVIE (2011)

ABUYA (2011)


Sinopsis ABUYA (2011)

Sinopsis Abuya:- Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.
Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markasnya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.
Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.

Pelakon Abuya:
Faizal Hussein
Jue Aziz
Yank Kassim
Adrea Abdullah
Khir Mohd Noor






[ ABUYA (2011) ~ Official Trailer ]
Credit to : youtube.com

( Give Us +1 Point if Like This Movie! )


FULL MOVIE WILL BE AVAILABLE SOON!!
KEEP IN TOUCH & DON'T FORGET TO FOLLOW THIS BLOG FOR MOVIE UPDATE FROM US!


Tips Untuk Mempercepatkan YouTube Buffer ~ Klik Sini ~









0 comments:

Hot This Week